You are currently viewing Tukang urut suruh beri bayi susu rumusan sebab mengurut?

Tukang urut suruh beri bayi susu rumusan sebab mengurut?

Tukang urut suruh beri bayi susu formula waktu urut?

A BIG NO !!!

Ada 5 risiko yang mommies kena tahu.

1. Risiko pertama: TOPUP TRAP Ibu akan bergantung kepada susu formula, dan akan menyebabkan bayi kurang menyusu. Less demand, less supply. Susu akan merudum sebab kurang demand dari bayi dan ibu TAK BERJAYA MENYUSU.

2. Risiko kedua: BAYI KELIRU PUTING Kebiasaanya ibu akan beri guna botol dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung memilih botol kerana aliran lebih laju dan akan meragam bila nak menyusu di payudara.

3. Risiko ketiga: BENGKAK SUSU Berlaku sebab ibu kurang menyusu, bayi keliru puting, aliran susu tak lancar, ibu bergantung pada pam dan menyebabkan ibu merana bengkak susu awal kelahiran.

4. Risiko keempat: TIDAK YAKIN DIRI Ibu tak yakin boleh hasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayi bila dah terbiasa beri bayi susu formula dalam jumlah yang banyak.

5. Risiko kelima: ALAHAN Bayi berisiko mengalami alahan dengan susu formula yang menyebabkan sebahagian bayi alami muntah-muntah, ruam yang teruk, cirit-birit, sembelit dan sebagainya dan menyebabkab ibu perlu mencuba pelbagai susu untuk keserasian sedangkan dalam susu ibu sudah ada antibodi.

Pengalaman mommies macam mana waktu berurut dan berpantang? Jom kongsi di ruangan komen.

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

Leave a Reply