Kali ini kami kongsikan tempoh hayat susu perahan atau expressed breast milk(EBM) bagi pelbagai situasi untuk membantu ibu-ibu memahami lebih lagi mengenai tempoh hayat susu perahan. Ibu-ibu yang akan kembali bekerja tertutamanya, perlulah tahu tentang tempoh susu perahan ini supaya susu yang diberikan kepada bayi dapat diuruskan dengan baik dan tidak rosak.
1. FRESH EBM :
- Tahan 4 jam di dalam suhu bilik, 8 jam dalam bilik berhawa dingin(suhu mestilah stabil).
- Tahan 1 jam selepas dipanaskan.
2. CHILLED EBM :
- Tahan 3-5 hari di dalam peti sejuk dingin(chiller).
- Selepas 5 hari boleh masukkan ke bahagian peti beku(freezer) untuk dijadikan stok frozen ebm.
- Tahan 1 jam selepas dipanaskan.
3. FROZEN EBM :
- Tahan 2 minggu utk peti ais 1 pintu.
- Tahan 3 bulan untuk peti ais 2 pintu.
- Tahan 6 bulan untuk deep freezer.
- Tahan 1 jam selepas dipanaskan.
4.JIKA anak sudah minum (untuk semua jenis susu perahan), susu perahan PERLU dihabiskan dalam masa 1 jam kerana air liur bayi telah bercampur dengan susu perahan.
5.Susu perlu dibuang selepas 1 jam dipanaskan, sama ada sudah diminum atau tidak.
6.Boleh ke nak campur susu perahan berlainan sesi?
BOLEH. Dengan syarat, susu yang dicampurkan mestilah sama suhu.
Contoh,
-Susu perahan sesi 1 : pukul 8am (selepas diperah terus simpan di bahagian chiller atau cooler bag, bukan dibekukan)
-Susu perahan sesi 2 : pukul 12 tengah hari (selepas diperah terus simpan di chiller atau cooler bag)
- Susu sesi 1 dan sesi 2 ini boleh dicampurkan jika kedua-dua susu telah disejukkan pada suhu yang sama.
- KELEBIHAN: Dapat menjimatkan bekas simpanan susu.
- Info Penting: TARIKH dan MASA untuk susu berlainan sesi jika dicampur ini ditulis mengikut susu SESI 1.
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu memahami lebih lagi mengenai tempoh hayat susu perahan dalam memberikan yang terbaik buat si comel.
Nad Masrom,
Kaunselor Laktasi.