KENAPA BAYI SAYA MACAM NI?

Bayi Menangis Seolah-Olah Mahu Menyusu Lagi?

🤱🏻Tahukah para ibu bahawa perbuatan menghisap merupakan satu refleks semula jadi yang membantu menenangkan bayi? Namun, apabila bayi menghisap di payudara ibu, setiap hisapan akan menyebabkan susu mengalir keluar secara berterusan.

Oleh itu, apabila bayi menangis selepas menyusu, ia tidak semestinya menunjukkan bahawa bayi masih lapar atau mahu menyusu semula. Sebaliknya, bayi sebenarnya mungkin hanya ingin ditenangkan atau dibantu untuk tidur. Dalam situasi ini, yang diperlukan adalah sokongan untuk membantu bayi memasuki fasa tidur – bukannya menawarkan susu sekali lagi selepas sesi penyusuan telah selesai.

🤱🏻 Rooting Reflex: Tindak Balas Semula Jadi Bayi Baru Lahir

Apabila ibu melalukan jari ke bahagian bibir atau pipi bayi yang baru dilahirkan, dan bayi bertindak balas dengan memusingkan kepala atau cuba mencapainya, tindak balas ini dikenali sebagai Rooting Reflex.

Rooting Reflex adalah satu refleks tidak sedar yang berlaku secara automatik, dan ia tidak dapat dikawal oleh bayi. Ia boleh diumpamakan seperti tindak balas semula jadi orang dewasa apabila digeletek – secara spontan akan rasa geli dan ketawa.

Begitu jugalah dengan Rooting Reflex pada bayi. Apabila rangsangan berlaku, bayi secara automatik akan ‘mencari’ sumber hisapan. Namun, ini bukanlah petunjuk bahawa bayi masih lapar atau memerlukan susu semula.

Leave a Reply