You are currently viewing “Nak makan apa ya untuk banyakkan susu?”

“Nak makan apa ya untuk banyakkan susu?”


“Makan ilmu, in shaa Allah susu meriah”, jawab saya ringkas. Terkedu staf saya dengar jawapan saya waktu live. Agaknya mereka tak sangka respons spontan saya begitu.

Bila kita ada ilmu penyusuan, kita rasa lebih yakin nak menyusukan bayi dengan SUSU YANG CUKUP. Tak perlu pun susu yang banyak.

“Eh tak penting ke susu banyak?”

Bukan tak penting, cuma bila terlalu fokus kepada nak dapat susu banyak semata-mata, dan bila ibu dapat susu macam tak banyak (sedangkan susu cukup je untuk ibu), ibu jadi tertekan dan susu yang elok cukup tadi boleh drop.

Tahu kan emosi ibu mainkan peranan penting dalam pengeluaran susu kerana ia berkait rapat dengan hormon oksitosin.
Hormon oksitosin ialah hormon yang membantu pengeluaran susu.

Tapi hormon ini boleh ‘terganggu’ jika emosi ibu tak stabil, ibu ragu-ragu dan tak yakin serta ibu terlalu risau. Sebab tu ibu kena tenang, barulah menang bila nak menyusukan bayi.

Alhamdulillah tahun ni, tahun kedua kami anjurkan seminar mega penyusuan. Seminar mega ini hanya dilaksanakan setahun sekali sahaja.

Kerana ia seminar satu hari yang boleh dihadiri oleh ibu ayah selama satu hari dengan yuran berpatutan yang agak sukar diperolehi pada masa kini.

Feedback positif dari peserta kami sebelum ni terutama ayah, lebih mudah nak berdamai dengan takdir bila ada ilmu dan ibu ayah pun tak stres sangat dan dapat kurangkan tanggapan bayi menangis disebabkan tak cukup susu.

Jadi dah dapat jawapan kan nak makan apa untuk banyakkan susu? Saya tidak menentang sebarang makanan untuk meriahkan susu. Boleh sahaja ambil sebab memang banyak sumber makanan penggalak susu.

Tapi kena fahami proses penghasilan susu berlaku bagaimana, dan apa kaitan demand dan supply untuk kekalkan penghasilan susu yang mencukupi. Nak meriah pun boleh je bila ada ilmu.

Leave a Reply