Ramai ibu yang runsing mengenai saranan jadual pam susu apabila bekerja dengan ketika cuti bersalin untuk buat stok. Kami kongsikan tips untuk anda menyusun jadual perahan mengikut kesesuaian anda.
Untuk ibu yang baru melahirkan dan mahu memerah susu untuk kumpul stok.
- Sebaiknya bulan pertama ibu fokuskan kepada penyusuan terus pada payudara jika bayi bersama ibu. Masa ni ibu boleh belajar memahami ragam bayi dan mengapa bayi menangis (bayi menangis bukan sebab tak cukup susu sahaja).
- Sebulan pertama ni hormon penyusuan ibu sedang mencanak, hormon tengah tinggi. Susu kelihatan banyak nampak mencurah-curah. Sampaikan ada ibu tak selesa dan nak pam susu sebab payudara kerap penuh. Ketika ini payudara sedang beradaptasi dengan keperluan bayi. Hormon tinggi sebab payudara belum tahu berapa banyak yang bayi perlukan.
- Sebab itu saranan pam susu dalam pantang tidak digalakkan kerana bimbang hormon jadi lebih tinggi dan penghasilan susu berlebihan sehingga ibu jadi stress pula dengan kekerapan bengkak susu.
- Seandainya bayi berada di wad, ibu tidak bersama dengan bayi, ibu boleh memerah susu untuk bekalkan susu kepada bayi yang berada di wad.
- Selepas sebulan, ibu boleh memerah susu untuk buat stok kembali bekerja. Namun bukanlah secara berjadual, mulakan dalam 1-2 sesi sahaja sehari. Jika dapat dalam 1-2 oz normal sahaja untuk permulaan.
Nampak sedikitkan? Mari kita kira.
Jika ibu hanya memerah sebanyak 2 kali dalam sehari dan setiap sesi ibu boleh dapat 2oz susu. Kemudian ibu masih bercuti selama sebulan.
=(2oz x 2 sesi) x 30hari = 120oz
120oz!
Satu jumlah yang banyak tu, sampai tak muat dah nak simpan dalam peti ais.
Untuk ibu yang sudah kembali bekerja
- Buat jadual dengan jarak pam lebih kurang 3-4 jam mengikut kesesuaian ketika bekerja.
- Jika ibu buat jadual pam susu 3 jam sekali, jadual sesi pam susu mungkin seperti berikut:
Sesi 1: 8am
Sesi 2: 11am
Sesi 3: 2pm
Sesi 4: 5pm
Ini cadangan sahaja, ibu boleh menyesuaikan jadual perahan mengikut kesesuaian jadual dan rutin bekerja. - Ibu juga boleh juga memerah sewaktu perjalan pergi kerja atau balik jika jarak jauh.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran bagaimana untuk ibu menyusun jadual perahan.
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
Info yang sangat baik! Doakan saya dapat menyusukan anak saya sehingga anak saya berumur 2 tahun.