Selalu ibu-ibu tertanya macam mana nak tahu apa tanda bayi dapat susu yang cukup dengan mudah ya?
Jika anda nak tahu, salah satu caranya ialah dengan melihat warna najis bayi !
Hari 1-4: Kebiasaannya warna najis bayi ialah warna hitam atau hijau gelap. Ini adalah najis awal bayi yang disebut sebagai mekonium.
Hari ke-5: Pada waktu ini najis bayi seharusnya sudah mula bertukar kekuningan. Jika warna najis bayi masih lagi hijau selepas hari ke-5, lihat warna kehijauan najis bayi itu bagaimana?
– Hijau gelap kehitaman: tanda bayi masih lagi tak dapat susu yang mencukupi selepas terhasilnya susu matang (susu berwarna putih),
-Jika najis bayi masih berwarna hijau, ia mungkin tanda bayi mendapat lebih banyak foremilk berbanding hindmilk.
-Kuning mustard kebiasaanya menunjukkan tanda bayi mendapat susu yang mencukupi bagi kedua komposisi foremilk dan hindmilk.
Kenali najis bayi anda untuk ketahui sama ada bayi mendapat susu yang cukup atau tidak.
Tidak mengapa jika perah nampak sedikit, kerana yang sikit itu MENCUKUPi untuk bayi adalah lebih baik.
Nad Masrom
Kaunselor Penyusuan.